Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.san] | بالسن

Definisi : ark balsam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/in_conclusionMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Rumusan Dasar Luar Malaysialuar negara Malaysia sambil kita mara ke depan ialah globalisasi. Cabaran terbesar kita adalah memperoleh perkara terbaik daripada proses globalisasi dan memberikan sumbangan terbaik kita dalam sistem tersebut. Dan sebagai balasan, kita membantu dalam menjadikan dunia tempat tinggal yang lebih aman dan saksama, menjadi pemimpin di rantau kita dan menunjukkan teladan serta menjadi negara anggota yang bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa. Foto yang dibuat supaya pengaruhnya dalam menentukan agenda antarabangsa. • Disebabkan kurang bergantung pada pertolongan dan bantuan luar, Malaysia boleh menyuarakan isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara membangun lain kerana bimbangkan balasan yang akan diterima daripada kuasa besar dunia, terutamanya Barat. Tahun-tahun yang akan datang bakal menyaksikan dasar luar negara kita khususnya berorientasikan usaha menjamin kejayaan dalam negeri dan juga di Highlighter.aspx?DocId=75&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=1ab+37c+
http://www.kln.gov.my/web/guest/bd-middle_east_north_africaMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Timur Tengah dan Afrika Utaranegara Teluk amatlah besar kerana mereka menjadi pengimport barangan bukan berasaskan minyak dan merupakan pasaran yang menguntungkan kepada syarikat Malaysia. Kini, beberapa syarikat Malaysia menjalankan perniagaan di rantau tersebut. Sebagai balasan, beberapa syarikat dari Negara Teluk membuat pelaburan yang besar di Malaysia. Malaysia perlu melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Negara Teluk. Berkaitan dengan Iran, lawatan peringkat tinggi antara Highlighter.aspx?DocId=37&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=245+

Kembali ke atas