Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pur] | چمڤور

Definisi : 1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpul­an; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira­-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-men­cintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, ter­kacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pur] | چمڤور

Definisi : ; kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengum­pulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besar­nya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur

Puisi
 

Gulai kacang campur cendawan,
     Beri makan tuan puteri;
Habis bintang disapu awan,
     Bulan bersinar dengan matahari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jangan buat kerbau tanduk panjang.

Bermaksud :

Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(7)

388

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jangan buat kerbau tanduk panjang

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/fundamental_principlesMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Prinsip-Prinsip AsasMalaysia berulang kali menekankan peri pentingnya berpegang teguh kepada prinsip tidak mencampuri urusan dalaman, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Foto : Peserta-peserta di “Langkawi International Dialoge 2007" Dasar yang disebut “campur tangan membina” yang dilaksanakan oleh sesetengah pihak yang melibatkan kritikan lantang, sikap bermusuhan dan keras kepala akan hanya membawa kepada keburukan daripada kebaikan dalam usaha menggalakkan hubungan sesama negara jiran. MemMengenai dasar tidak campur tangan, pengecualian dibuat dalam keadaan tertentu yang ekstrem. Kekejaman berdarah, penghapusan bangsa dan kekejaman sesetengah pihak yang bertentangan hati nurani kita. Keadaan ini menyeru semangat pragmatik kepada kita atas dasar Highlighter.aspx?DocId=74&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=1e0+202+
http://www.kln.gov.my/web/guest/faqsMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Soalan Lazimnegara. • Menguruskan visa, permit kerja atau permit pemastautin untuk negara lain, atau membantu anda mendapatkannya. • Terlibat dengan hal ehwal kehakiman bagi pihak anda dalam kes hak penjagaan anak dalam perkahwinan campur. • Membayar atau menjamin pembayaran bil hotel, bil perubatan atau sebarang bil lain untuk anda, termasuk kos mengembalikan bagasi hilang ke Malaysia. • Bertindak sebagai ejen pelancongan, bank atau pejabat pos atau penginapan di Perwakilan Malaysia di luar negara atau di kediaman pegawai di luar negara. • Sekiranya rakyat Malaysia ditangkap/ditahan, , Perwakilan Malaysia di luar negara tidak akan memberikan nasihat undang-undang, campur tangan dalam prosiding mahkamah atau menyediakan wang untuk membayar kos guaman atau denda; Melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tempatan untuk membantu anda; Terlibat dengan urusan kerajaan tuan rumah bagi Highlighter.aspx?DocId=25&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=7e3+84c+
http://www.kln.gov.my/web/guest/overview2Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - PengenalanDasar luar Malaysia berasaskan prinsip untuk menjalinkan hubungan erat dan baik dengan negara lain dalam komuniti negara. Malaysia akan terus menghormati hal ehwal dalaman negara lain dan menyokong dasar tidak campur tangan yang mengiktiraf kedaulatan negara lain. 3. Sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957 sehingga kini, wawasan dasar luar kita sentiasa konsisten, iaitu untuk melindungi kepentingan negara Malaysia di samping menyumbang ke Highlighter.aspx?DocId=66&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1be+
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-strengtheningMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Pengukuhan ASEANASEAN. Isu Sebagai anggota asal ASEAN, dasar luar negara Malaysia terus menekankan kerelevanan dan kepentingan ASEAN sebagai forum dan pemangkin untuk dialog serantau. Perkongsian Dialog ASEAN, Forum Rantau ASEAN, ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur membolehkan anggotanya untuk mengajak kuasa-kuasa besar membincangkan isu penting serantau dan sejagat. Dalam usaha menjadikan ASEAN pertubuhan serantau yang lebih berkesan, bersepadu, berdasarkan Highlighter.aspx?DocId=50&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=2e8+

Kembali ke atas