Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tah] | منته

Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tah] | منته

Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-human_and_energy_securityMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Keselamatan Manusia dan Sumber Tenagamembawa kesan yang serius kepada kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia. Keselamatan sumber tenaga menjadi isu yang hangat diperdebatkan sejak berdekad-dekad. Kini, penduduk dunia dianggarkan menggunakan 87 juta tong minyak mentah sehari dan menjelang tahun 2010, kadar penggunaannya akan mencecah 110 juta tong sehari. Dunia sedang menghadapi krisis bekalan tenaga kerana permintaan yang amat tinggi dan kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga. Dunia dikejutkan dengan harga minyak mentah yang mencecah nilai tertinggi pada Julai 2008 dan hampir membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia. Keselamatan bekalan tenaga perlu menimbangkan supaya penyelidikan dibuat ke atas sumber baru tenaga yang boleh dibaharui Highlighter.aspx?DocId=45&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=1c8+1ed+
http://www.kln.gov.my/web/guest/bd-middle_east_north_africaMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Timur Tengah dan Afrika UtaraArab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait berada di barisan depan dalam pertumbuhan dengan program perkembangan infrastruktur yang hampir semuanya dibiayai oleh duit daripada minyak. Dengan anggaran rizab minyak mentah dunia sebanyak 30%, rantau ini penting bukan hanya kepada Malaysia, tetapi juga kepada dunia. Peluang ekonomi yang diberikan oleh negara Teluk amatlah besar kerana mereka menjadi pengimport barangan bukan berasaskan Highlighter.aspx?DocId=37&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=213+
http://www.kln.gov.my/web/guest/evolutionMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Evolusi Dasar Luar Malaysiaharmoni demi kesejahteraan kita. Pada asasnya, dasar luar negara kita perlu diorientasikan supaya tumpuan yang lebih besar dapat diberikan kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu, semasa kita menghasilkan khususnya bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya segelintir negara. Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali berusaha lebih keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari Highlighter.aspx?DocId=70&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=5c7+

Kembali ke atas