Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.rin.tah] | ڤمرينته

Definisi : 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasa­an yg memerintah daerah; 2. badan atau kum­pulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg meme­rintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, ten­tera, dll) yg mengetuai pasukan dan mem­berikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlemba­gaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.rin.tah] | ڤمرينته

Definisi : orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Peribahasa

Jangan memanah ke langit.

Bermaksud :

Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/bd-bilateral_treatiesMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Selamat DatangGovernment of the Republic of Indonesia for the Avoidance of Double Taxation and the Prevention of Fiscal Evasion With Respect to Taxes on Income and Its Protocol 32. Persetujuan Antara Pemerintah Dan Pemerintah Republik Indonesia Mengenai Penghindaran Pajak Berganda Dan Pencegahan Pengelakan Pajak Atas Penghasilan 33. Memorandum of Understanding between Malaysia and Indonesia on Technical Cooperation in Financial Sectors. 34. Agreement between Malaysia Highlighter.aspx?DocId=40&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=1eae+1eb0+
http://www.kln.gov.my/web/guest/viy2011Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - Lawatan Ke MalaysiaLawatan Rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura ke Malaysia dari 5-7 Julai 2011 Lawatan Rasmi Perdana Menteri Abu Dhabi ke Malaysia Lawatan Rasmi Putera Mahkota Abu Dhabi, dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jeneral Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan ke Malaysia, 17-18 Jun 2011 Lawatan Rasmi Y.A.B Perdana Menteri Lesotho ke Malaysia Highlighter.aspx?DocId=62&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1b6+

Kembali ke atas