Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2. ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuang­an: timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang bertempur; pergi ~ pergi bertempur; ~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak ber­tempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara saling menggertak (belum mengguna­kan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersem­bunyi); ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berban­tahan; ~ nuklear perang yg melibatkan peng­gunaan senjata nuklear; ~ paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821– 1837); ~ pena pertengkaran (polemik) mela­lui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf perang (persengketa­an) setakat gertak-menggertak dan ancam­-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang­-menyerang dgn senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila); ~ bermalaikat sabung berjuara prb kita ber­usaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang; perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang; berperang melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan; memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan; memerangkan, memperperangkan 1. mere­butkan sesuatu dgn berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya ber­perang; peperangan perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pérang) merah yg kehitam-hitaman (kekuning-kuningan): parasnya memang menarik dgn rambutnya yg ~; keperang-perangan agak perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pérang/ warna merah kehitam-hitaman. keperangan keadaan atau sifat perang. keperang-perangan agak perang warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,

Puisi
 

Dari Acheh perang Belanda,
     Belanda banyak beribu-ribu;
Cerailah kasih kepada kanda,
     Dindalah jangan mata bankudu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak ucok (= damai) dilawan damai,
     hendak perang giling peluru.

Bermaksud :

Bersedia menghadapi segala kemungkinan. ucok = berunding mencari jalan damai.

 

Lihat selanjutnya...(6)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/in_conclusionMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Rumusan Dasar Luar Malaysiabertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa. Foto : Pegawai dan staff KLN memakai pelbagai kostum antarabangsa ketika perarakan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-50 di Kuala Lumpur Dalam bidang politik, kita menyaksikan berakhirnya perang dingin. Namun, dunia pada hari ini masih tidak selamat seperti yang dijanjikan. Apa yang digelar ‘desa global’ yang mesra masih belum menjadi kenyataan. Konflik lama masih belum tamat atau ada yang amat membimbangkan juga masih berterusan, iaitu: • Keganasan yang terus mengancam kehidupan dan harta benda mangsa yang tidak berdosa: dan • Kewujudan senjata yang mengakibatkan kemusnahan besar dan boleh membawa kepada perang nuklear, kimia dan biologi. Oleh itu, dasar luar negara kita perlu didorong ke arah memastikan lebih banyak negara menandatangani dan mengesahkan persidangan antarabangsa yang berkaitan, seperti Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear Highlighter.aspx?DocId=75&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=1e3+244+
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-int_security_orderMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Keselamatan dan Ketenteraman Antarabangsadan klik butang di bawah Diplomasi Pelbagai Hala » Keselamatan dan Ketenteraman Antarabangsa Diplomasi pelbagai hala KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN ANTARABANGSA Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu enam dekad lalu sebagai akibat daripada Perang Dunia Kedua menjadi titik perubahan dalam sejarah. Sifat menghancurkan akibat perebutan kuasa dunia yang melanda seluruh dunia memaksa negara di dunia mewujudkan satu pertubuhan antarabangsa yang boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya satu lagi perang dunia. Sejak menjadi anggota PBB pada tahun 1957, Malaysia telah meletakkan dasar yang dinyatakan dalam Piagam PBB di tempat paling utama, terutamanya untuk menyelesaikan pertelingkahan melalui cara yang aman. PBB Highlighter.aspx?DocId=44&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=193+1b4+
http://www.kln.gov.my/web/guest/aseanMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - ASEAN sebagai Tonggak Dasar Luar Malaysiakita ialah hasil daripada usaha sama yang dilaksanakan oleh ASEAN. Gambar: Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur pada 4-5 Ogos 1977. Selanjutnya, dalam situasi pra-perang dingin yang menyaksikan kemunculan kumpulan ekonomi serantau lain yang memberikan persaingan dan persekitaran keselamatan serantau yang tidak menentu, Malaysia percaya bahawa ASEAN yang kukuh dan berjaya bukan sahaja perlu dalam Highlighter.aspx?DocId=71&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=2e1+
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-human_rightMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Hak Asasi Manusiadan klik butang di bawah Diplomasi Pelbagai Hala » Hak Asasi Manusia diplomasi pelbagai hala HAK ASASI MANUSIA Hak asasi manusia menjadi semakin penting sejak bertahun-tahun. Disokong tegas sejak berakhirnya Perang Dunia II, pergerakan dan kepercayaan terhadap peri pentingnya amalan hak asasi manusia telah tersebar ke serata dunia. Malah, ia telah diterima pakai oleh PBB dan didokumenkan sebagai Perisytiharan Hak Asasi Highlighter.aspx?DocId=47&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=192+
http://www.kln.gov.my/web/guest/faqsMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Soalan Lazimkembali ke atas 21. Kementerian Luar Negeri Malaysia akan bertindak terhadap situasi kecemasan yang boleh membahayakan keselamatan atau nyawa rakyat Malaysia di luar negara, iaitu bencana alam, kekacauan awam atau perang. Perwakilan Malaysia yang terdekat dengan anda bertanggungjawab untuk membantu anda. Oleh sebab itu, adalah penting anda mendaftarkan diri dengan perwakilan terdekat supaya mereka tahu tentang kehadiran anda di luar negara Highlighter.aspx?DocId=25&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=6c9+

Kembali ke atas