Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1. hal, keadaan, sifat: diwartakannya kpd wazir-wazirnya ~ kebesaran negeri Melaka; terdengarlah ke Singapura ~ baik paras puteri itu; ~ kebinatangan sifat-sifat yg terdapat pd binatang; ~ kehidupan keada­an kehidupan; ~ kesopanan sifat sopan; 2. cara (mengerjakan sesuatu dll), laku: akibat perbuatan suaminya itu jugalah ia terlantar demikian ~; betapa ~(nya) bagaimana cara­nya (halnya); ~ yg layak bagi manusia per­buatan yg layak bagi manusia; 3. bagaimana, betapa: kita hendaklah sentiasa sedar ~ mustahaknya perpaduan dan taat setia rakyat pd negara; 4. sl hal (yg berlaku), kejadian, peristiwa: pd bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyuruh membantu Pahang, dr kerana barang suatu ~ Pahang itu tidaklah Duli Yang Dipertuan rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengata­kan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, tercerita­kan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisah­kan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : sj jin (menyerupai perempuan yg can­tik): kami bukannya drpd bangsa jin dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : 1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3 sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~, datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : ; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ri] | ڤري

Definisi : jin yg dpt merupakan dirinya spt perempuan yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peri

Peribahasa

Bagai ayam mengarang telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/fundamental_principlesMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Prinsip-Prinsip Asaspenyelesaian pertelingkahan secara aman serta manfaat bersama dalam hubungan dan kewujudan bersama secara harmoni. Foto : Mesyuarat ke-5 “Eminent Persons Group (EPG) di Kuala Lumpur, 2007 Malaysia berulang kali menekankan peri pentingnya berpegang teguh kepada prinsip tidak mencampuri urusan dalaman, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Foto : Peserta-peserta di “Langkawi International Dialoge 2007" Dasar yang disebut “campur tangan membina” yang dilaksanakan Highlighter.aspx?DocId=74&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1c6+
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-human_rightMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Hak Asasi ManusiaHala » Hak Asasi Manusia diplomasi pelbagai hala HAK ASASI MANUSIA Hak asasi manusia menjadi semakin penting sejak bertahun-tahun. Disokong tegas sejak berakhirnya Perang Dunia II, pergerakan dan kepercayaan terhadap peri pentingnya amalan hak asasi manusia telah tersebar ke serata dunia. Malah, ia telah diterima pakai oleh PBB dan didokumenkan sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR Highlighter.aspx?DocId=47&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=199+
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-overviewMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Pengenalansistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi khususnya. Melalui keanggotaan sejagat dan piagamnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memegang peranan utama dan amat penting dalam pentadbiran sistem pelbagai hala. Malaysia menyedari peri pentingnya menyampaikan keperluan sosial dan ekonomi yang mendesak bagi negara membangun dan mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memajukan agenda pembangunan berkaitan kemunduran dan pembasmian kemiskinan. Melalui penyertaannya dalam Highlighter.aspx?DocId=43&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=22d+
http://www.kln.gov.my/web/guest/mdMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Diplomasi Pelbagai Halasistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi khususnya. Melalui keanggotaan sejagat dan piagamnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memegang peranan utama dan amat penting dalam pentadbiran sistem pelbagai hala. Malaysia menyedari peri pentingnya menyampaikan keperluan sosial dan ekonomi yang mendesak bagi negara membangun dan mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memajukan agenda pembangunan berkaitan kemunduran dan pembasmian kemiskinan. Melalui penyertaannya dalam Highlighter.aspx?DocId=42&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=22e+

Kembali ke atas