Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja.ta] | سنجات

Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)

53

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Permata dibalas dengan senjata

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah permata dibalas dengan senjata .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-int_security_orderMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Keselamatan dan Ketenteraman Antarabangsapendapat mereka, memberi Malaysia perlindungan melalui rangka kerja hubungan pelbagai hala dan menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa. Malaysia sentiasa prihatin terhadap perbezaan pendapat dan kerumitan yang dihadapi dalam perlucutan senjata dan keselamatan antarabangsa. Justifikasi yang dibuat oleh negara tertentu untuk terus mewujudkan senjata pemusnah besar-besaran dan penggunaannya sebagai penghalang keselamatan oleh beberapa negara menjejaskan kewujudan bersama negara secara aman, lalu menjadi ancaman kepada kemanusiaan. Alasan sedemikian menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan negara Highlighter.aspx?DocId=44&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=8&hits=1fb+208+234+243+257+25c+26d+272+
http://www.kln.gov.my/web/guest/in_conclusionMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Rumusan Dasar Luar Malaysiamengganas atau tiada penyelesaiannya. Selain itu, dua isu lain yang amat membimbangkan juga masih berterusan, iaitu: • Keganasan yang terus mengancam kehidupan dan harta benda mangsa yang tidak berdosa: dan • Kewujudan senjata yang mengakibatkan kemusnahan besar dan boleh membawa kepada perang nuklear, kimia dan biologi. Oleh itu, dasar luar negara kita perlu didorong ke arah memastikan lebih banyak negara menandatangani dan mengesahkan persidangan antarabangsa yang berkaitan, seperti Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Perjanjian Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT), Konvensyen Senjata Biologi (BWC), Konvensyen Senjata Kimia (CWC) dan Konvensyen Periuk Api (CLM). Aspek ekonomi globalisasi jauh lebih mengecewakan. Krisis kewangan Highlighter.aspx?DocId=75&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=5&hits=23b+261+268+26c+270+
http://www.kln.gov.my/web/guest/departments_divisionsMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Jabatan/BahagianAsean - Malaysia • Perancangan Dasar dan Strategik • Protokol dan Konsular • Penerangan dan Diplomasi Awam • Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar • Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) • Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia • Penyelidikan, Triti & Perundangan Antarabangsa • Bahagian Undang-undang • Bekas Menteri dan Kementerian Untuk Pengguna Kurang Upaya, Pilih sebarang teks dan klik butang di bawah Utama » Informasi Korporat » Jabatan/Bahagian informasi dan Asia Tengah • Timur Tengah • Amerika • Eropah • Afrika • Direktorat Asia, Oceania dan Afrika Utara • Direktorat Eropah, Amerika dan Afrika • Hal Ehwal Pelbagai Hala • Politik & Keselamatan Pelbagai Hala • Perlucutan dan Ketakcambahan Senjata • Politik Pelbagai Hala • Ehwal Islam (OIC) dan D8 • Bahagian Ekonomi Pelbagai Hala • Direktorat Ekonomi Pelbagai Hala dan Kerjasama Serantau • Kerjasama Serantau, Sosial dan Kebudayaan • Khidmat Pengurusan • Pentadbiran dan Keselamatan • Teknologi Highlighter.aspx?DocId=136&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=3&hits=184+1cd+222+
http://www.kln.gov.my/web/guest/abroadMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Luar NegaraPAS KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG • ASSESSMENT RATES • DUTI KASTAM (IMPORT & EKSPORT), DUTI EKSAIS DAN CUKAI JUALAN • BEG DIPLOMATIK • UJIAN MEMANDU DAN BAYARAN PENUH UNTUK LESEN MEMANDU • PETROL BEBAS DUTI • BAYARAN LESEN SENJATA API, ANJING DAN MEMBURU • KAD PENGENALAN • CUKAI PENDAPATAN • KENDERAAN MOTOR • BAYARAN LETAK KERETA • CAJ PERKHIDMATAN PENUMPANG (CUKAI LAPANGAN TERBANG) • CAJ TELEFON • LESEN TV/RADIO • BILIK VIP • VISA • INFORMASI KORPORAT • Ketua Highlighter.aspx?DocId=169&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=184+
http://www.kln.gov.my/web/guest/legal_frameworkMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Rangka Kerja RasmiVienna) 1999 [Akta 595]; · Akta Perwakilan Asing ( Hak Istimewa dan Kekebalan Diplomatik ) 1967 (Dipinda 1995) [Akta 541]; · Pertubuhan Antarabangsa (Hak Istimewa dan Kekebalan Diplomatik) 1992 [Akta 485]; dan · Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641]. Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen menggubal undang-undang berkaitan hal ehwal luar yang merangkumi: · Persetiaan, perjanjian dan persidangan dengan negara lain; · Pelaksanaan persetiaan, perjanjian dan konvensyen dengan Highlighter.aspx?DocId=130&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1bb+
http://www.kln.gov.my/web/guest/home?p_p_id=101_INSTANCE_Yt06&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-2&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=5&_101_INSTANCE_Yt06_struts_action=%2Fasset_publisher%2Fview_content&_101_INSTANCE_Yt06_urlTitle=a-successful-week-long-visit-says-anifah-anifah-sifatkan-kunjungan-ke-new-york-amat-berjaya&_101_INSTANCE_Yt06_type=content&redirect=%2Fweb%2Fguest%2FhomeMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - A Successful Week-long Visit, Says Anifah @ Anifah Sifatkan Kunjungan Ke New York Amat Berjaya - Utamahala dengan rakan sejawatannya dan wakil pelbagai pertubuhan. Ucapan beliau pada Perbahasan Umum UNGA ke-66 menyentuh pelbagai perkara, termasuk isu Palestin, keganasan, Gerakan Kesederhanaan Global, Somalia, pembangunan lestari, perlucutan senjata nuklear, susun atur kewangan baru dan pembaharuan Bangsa Bersatu. "UNGA pada tahun ini nampaknya memberi tumpuan terhadap permohonan Palestin untuk menjadi anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu. Malaysia dan beberapa negara yang Highlighter.aspx?DocId=84&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1ba+
http://www.kln.gov.my/web/guest/multilateral_coorperationsMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Kerjasama Pelbagai Haladalam hubungan antarabangsa yang harmoni. Malaysia akan terus menggunakan platform ini untuk membicarakan isu global seperti hak asasi manusia dan demokrasi, alam sekitar, keganasan antarabangsa dan jenayah transnasional, pelarian, pelucutan senjata dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB. Kebelakangan ini, Malaysia berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keprihatinan dan keperluan menentang ancaman kegiatan melanun di peringkat antarabangsa. Kita percaya bahawa PBB perlu sentiasa Highlighter.aspx?DocId=73&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=268+
http://www.kln.gov.my/web/guest/aseanMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - ASEAN sebagai Tonggak Dasar Luar MalaysiaForum Serantau ASEAN (ARF), dengan ASEAN berfungsi sebagai kumpulan asas, dapat membantu mencapai matlamat tersebut. Malaysia berharap bahawa kewujudan awal zon yang aman bebas dan berkecuali (ZOPFAN) termasuk zon bebas senjata nuklear Asia Tenggara (SEANFWFZ) akan membantu mempertingkatkan keselamatan serantau. Walaupun ada kritikan yang dilemparkan kepada ASEAN, ternyata bahawa kerjasama dengan negara ASEAN kini bertambah kukuh. ASEAN tidak pernah hilang kedinamikannya Highlighter.aspx?DocId=71&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=38b+
http://www.kln.gov.my/web/guest/overview2Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - PengenalanSegi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMTGT) dan entiti lain. 20. Malaysia akan terus memainkan peranan penting berhubung dengan pelbagai isu multilateral yang melibatkan kepentingan kita. Antara isu itu termasuk pelucutan senjata, kempen menentang keganasan, pemerdagangan manusia, perubahan iklim dan isu alam sekitar. Selaku anggota PBB, Malaysia berpegang teguh pada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mendukung undang-undang antarabangsa. 21. Pemilihan Malaysia Highlighter.aspx?DocId=66&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=633+

Kembali ke atas