Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama (ringkasan nama) yg di­tulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daf­tar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian per­sahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/faqsMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Soalan LazimDua (2) salinan borang permohonan Sijil Kelakuan Baik yang telah dilengkapkan; 2. Dua (2) salinan kad pengenalan disahkan; 3. Dua (2) salinan pasport disahkan iaitu halaman yang mengandungi butiran dan tandatangan pemohon; 4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport; 5. Dua (2) salinan Akuan Bersumpah, kecuali untuk pemohon yang akan melawat mana-mana negara berikut: Amerika Syarikat, Singapura, Sepanyol, Perancis atau Sijil Kelakuan Baik yang telah dilengkapkan; 2. Satu (1) surat iringan dari majikan / Institusi Pengajian Tinggi; 3. Dua (2) salinan pasport disahkan iaitu halaman yang mengandungi butiran, cop visa dan tandatangan pemohon; 4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport. >> kembali ke atas 3. i. Pemohon hadir di Kaunter Perkhidmatan Konsular di Putrajaya atau Pejabat Wilayah Sabah / Sarawak. Ringgit Malaysia Dua Puluh Highlighter.aspx?DocId=25&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=32e+379+
http://www.kln.gov.my/web/guest/bilateralMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Hubungan Dua HalaIsrael dengan rakyat Palestin berjaya dimuktamadkan.] Foto : Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad bertukar dokumen persetujuan dua hala dengan Puan Margaret Thetcher, bekas Perdana Menteri British di majlis tandatangan pada Oktober 1989 ketika Persidangan CHOEM berlangsung di Kuala Lumpur pada 18-24 Oktober 1989 Begitu juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan Barat. Tidak Highlighter.aspx?DocId=72&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=313+

Kembali ke atas