Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tuh] | اوتوه

Definisi : 1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tuh] | اوتوه

Definisi : dlm keadaan sempurna (tidak rosak, tidak pecah dsb): Kereta itu tetap ~ walaupun telah lama digunakan. mengutuhkan menjadikan utuh. keutuhan keadaan (hal dsb) utuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rosak: kukuh, sempurna, kuat, teguh, tegap, kejap, padu, padat, kejat,
Berantonim dengan rapuh

2. Bersinonim dengan tidak pecah-pecah: bulat, lengkap, cukup, genap,
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : keutuhan,

Peribahasa

Tak lapuk di hujan,
     tak lekang di panas.

Bermaksud :

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/aseanMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - ASEAN sebagai Tonggak Dasar Luar Malaysiamemberikan persaingan dan persekitaran keselamatan serantau yang tidak menentu, Malaysia percaya bahawa ASEAN yang kukuh dan berjaya bukan sahaja perlu dalam ekonomi, tetapi juga merupakan keperluan yang strategik. ASEAN makmur, utuh dan stabil dan hidup secara harmoni dengan negara jiran terdekatnya akan menjamin keselamatan seluruh rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. ASEAN yang berkembang daripada negara anggota, asalnya dengan memasukkan negara Highlighter.aspx?DocId=71&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=309+

Kembali ke atas