Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awamdan medan selera di tiga kawasan utama, iaitu di luar kompleks, di dalam kompleks dan di tempat letak kereta. Secara umumnya kajian ini mendapati penggunaan BM di kompleks beli- belah berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakan premis didapati tidak mengutamakan BM dalam membuat promosi, peletakan tanda harga dan pelbagai paparan lain yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Kajian yang dilakukan oleh rentang, dan gegantung. Secara keseluruhannya, peratusan yang mengutamakan penggunaan BM ialah 66.4% berbanding peratusan yang kurang mengutamakan (11.4%) dan tidak mengutamakan (22.3%). Peratusan ini menunjukkan penggunaan BM berada pada tahap kurang memuaskan. 11.4 66.4 0 10 20 30 40 50 60 70 Tahap Penggunaan BM Tidak Mengutamakan Kurang Mengutamakan Mengutamakan Rajah 1 : Tahap Penggunaan BM Secara http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=53&hits=96+524+57c+79c+89d+9e5+9ee+9f8+a6b+a88+b90+c2c+c48+d1d+e47+eb1+ebb+f6d+ff9+10a7+114f+11b6+11ce+1244+128a+1291+12bc+1325+1378+13a0+13e7+143e+14a0+14f8+150b+1b09+1cd9+1ce6+1d07+1da1+1dad+1e09+1e4b+1e90+1efc+1f11+206d+20a7+20d5+20e3+2158+221a+222d+

Kembali ke atas