Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.sus] | کورسوس

Definisi : pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg ber­kaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.sus] | کورسوس

Definisi : latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awamwalaupun tidak terlibat secara langsung dalam hal-hal kebahasaan, mereka juga perlu peka terhadap peraturan-peraturan dan undang- undang berkaitan penggunaan BM. Pegawai-pegawai ini diwajibkan untuk menghadiri bengkel dan kursus penataran BM dan penulisan teknikal dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dari semasa ke semasa. Keempat, bagi meningkatkan kesedaran pegawai PBT dan orang awam, kempen kesedaran seperti ‘Cintailah Bahasa Kita http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=1&hits=2439+
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdfMicrosoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIAN6.2 Setiap stesen media penyiaran perlu lebih peka dan bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul bagi setiap rancangan yang diterbitkan. 6.3 Pengamal media digalakkan mengikuti kursus penataran bahasa Melayu ragam lisan dan tulisan dari semasa ke semasa supaya dapat mengetahui, memahami dan mengamalkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. 6.4 Garis panduan yang jelas http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=1&hits=3ce+

Kembali ke atas