Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awamlebih kerap perlu dilakukan. Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang pegawai di PBT, isu pemantauan dan penguatkuasaan sukar dilakukan kerana faktor kekurangan sumber tenaga manusia dan kawasan liputan pentadbiran yang luas. Bagi menangani masalah ini, PBT perlu menambah bilangan sumber manusia. Ketiga, bagi memastikan penggunaan bahasa yang tidak menyalahi peraturan tatabahasa BM di tempat awam, PBT perlu mewujudkan jawatan pegawai bahasa http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=1&hits=23d8+
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdfMicrosoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIANdalam kalangan masyarakat Malaysia, yang boleh membentuk dan menentukan arah budaya linguistik bahasa Melayu. Tumpuan utama kajian ini pada masa ini ialah media penyiaran berbentuk program televisyen kerana ranahnya agak luas untuk dikaji. 1.2 Kajian ini melibatkan dua orang penyelidik daripada Bahagian Penyelidikan Bahasa dan dua orang pakar bahasa dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi tahun 2009, perancangan dan penyediaan alat http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=1&hits=64+

Kembali ke atas