Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)

373

All men must die

Semua orang pasti mati.

Bunga gugur putik pun gugur

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(54)

Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awambahagian yang berikut dipaparkan tahap pematuhan tatabahasa mengikut domain secara lebih terperinci. Domain Premis Perniagaan Tahap pematuhan tatabahasa dalam domain nama premis perniagaan adalah pada tahap memuaskan, iaitu 78.7%. Namun begitu, peratus tidak patuh dalam domain ini juga agak tinggi, iaitu 21.3% atau melebihi satu perlima daripada keseluruhan sampel yang dikaji. Zon Malaysia Timur (Sarawak) sekali lagi menunjukkan peratus didapati mempunyai tahap pematuhan tatabahasa BM yang memuaskan. Secara perbandingan, kawasan pentadbiran MP mempunyai peratusan tertinggi, iaitu sebanyak 83.5%, diikuti oleh MD (79.0%), dan DB/MB (69.6%). Namun begitu, tahap ketidakpatuhan di kawasan pentadbiran DB/MB didapati hampir sekali ganda lebih besar daripada MP dan sekitar 10% lebih tinggi daripada MD. Tahap ketidakpatuhan di kawasan pentadbiran DB/MB http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=10&hits=1083+1217+137e+13eb+14b5+1b93+1f35+2077+2103+2116+
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdfMicrosoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIAN41.3% masih tinggi pada keseluruhannya. 5.7 Secara perbandingan, Stesen TV Awam (32.9%) didapati tidak banyak melakukan kesalahan dalam ragam tulisan berbanding dengan stesen TV Swasta (43.8%). Namun, tahap penggunaan dan pencapaian bahasa Melayu 5 dalam ragam tulisan untuk stesen TV Awam adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tahap yang diperlihatkan oleh stesen TV Swasta. 5.8 Dari http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=1&hits=329+

Kembali ke atas