Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ga.ra] | نݢارا

Definisi : 1 kumpulan masyarakat yg mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan: Kepentingan ~ lebih di­utamakan drpd kepentingan perseorangan. 2 sesuatu kawasan yg didiami oleh masyarakat tsb: ~ Malaysia. ~ dunia ke­tiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara berkumpulan yg dianggap masih mundur atau sedang membangun. ~ jiran, = ~ tetangga negara yg berdekatan. ~ maju negara kaya yg sebahagian besar ekonominya bergantung pd industri dan pendu­duk­nya menikmati taraf hidup yg tinggi. ~ matahari terbit negara Jepun. ~ membangun negara yg sedang giat berusaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi dsb (spt Malaysia). ~ per­in­dustrian negara yg kekuatan dan kemajuan ekonominya berteraskan pel­bagai industri. kenegaraan segala yg berkaitan dgn negara. negarawan orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara; orang yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara; ahli negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)

500

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana ranting patah, di situ air disauk

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana ranting patah, di situ air disauk!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat AwamMengikut Jenis PBT RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan BM secara keseluruhan di peringkat kebangsaan adalah kurang memuaskan dengan peratus pencapaian pada kadar 66.4%. Sebagai sebuah negara berdaulat setelah setengah abad mencapai kemerdekaan, pencapaian ini menunjukkan bahawa usaha rakyat negara ini dalam memartabatkan BM pada kedudukan yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia masih belum tercapai dengan sepenuhnya. Dalam kajian ini, tempat http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=2&hits=18f9+1906+
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdfMicrosoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIANPenyiaran yang dimulakan pada bulan Februari 2009 merupakan antara kajian yang sedang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Kajian ini mengambil kira bahawa media elektronik merupakan media yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Malaysia, yang boleh membentuk dan menentukan arah budaya linguistik bahasa Melayu. Tumpuan utama kajian dalam pengendalian rancangan yang berbentuk spontan (seperti bicarawara, hiburan, dan sukan). 6.6 Setiap kepimpinan stesen penyiaran perlu mempunyai perasaan bangga, cinta dan setia terhadap bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara (bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi). 6.7 Mempertingkat latihan kemahiran dan penguasaan pengamal media dalam ragam lisan dan tulisan bahasa Melayu agar penggunaan kedua-dua ini baik dan betul. 6 http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=2&hits=38+431+

Kembali ke atas