Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntang) ark; merentang-rentang membentak-bentak, menengking, meng­ge­rantang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauh­nya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (men­ceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka mem­bina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka di­regangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. meng­hulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan meng­anjur­kan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, ter­bentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; merentang terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. merentangi 1 merentang pd; merentang di: Mereka telah membina jambatan gantung yg ~ sebatang anak sungai. 2 menyekat; menghalang; merintangi: Dia dpt mengatasi segala kesukaran yg ~ usahanya. merentangkan 1 menarik atau mengikat kedua-dua hujung sesuatu spt tali, pd dua tiang yg berjarak supaya tegang; meregangkan: ~ dawai; ~ tali. 2 menghulurkan tangan atau kaki ke hadapan: Ia mula bergerak, ~ tangan dan mengunjurkan kaki. terentang 1 sudah direntangkan: Dawai telefon ~ dr rumah ke rumah. 2 tergalang; terhalang. perentang sesuatu atau seseorang yg merentang atau menghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentang
Kata Terbitan : merentangi, merentangkan, terentang, merentang-rentang,

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awammengikut domain tertentu di tempat awam. Domain yang diteliti meliputi nama premis perniagaan, premis perkhidmatan, nama tempat kediaman, pernyataan pada papan tanda, iklan, nama jalan, nama bangunan, pernyataan pada kain rentang dan pernyataan pada gegantung. Tempat awam pula merujuk kepada kawasan yang terletak di bawah pengawasan, pengurusan dan pentadbiran PBT. Objektif kajian ini secara khusus adalah seperti berikut: i. Menghuraikan dan Paparan ini digolongkan dalam lapan domain, iaitu (i) nama 3 premis perniagaan, (ii) nama tempat kediaman, (iii) pernyataan pada papan tanda, (iv) iklan, (v) nama jalan, (vi) pernyataan pada kain rentang, (vii) pernyataan pada gegantung dan (viii) nama bangunan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur dengan pegawai PBT yang terlibat. Pengumpulan data dilakukan dengan merakam http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=22&hits=14a+268+470+506+7ae+808+b23+b46+f94+fd9+1030+104e+136f+13e5+1af1+1d20+1daa+1faa+1fc4+1fec+20c3+2185+

Kembali ke atas