book rest | penahan buku | Perpustakaan | Tiada | Alat mudah-alih yang menyamai penyandar muzik piano, biasanya diletakkan pada sudut sesuai untuk tujuan bacaan di atas meja, atau diletakkan di atas meja tulis bagi menyandarkan buku tersebut apabila membuat nota atau catatan daripadanya. |
book paper | kertas buku | Perpustakaan | Tiada | Kertas yang digunakan dalam pembuatan buku dan majalah bagi membezakannya daripada kertas akhbar, kertas balut, dan kertas tulis. |
scriptorium | bilik tulis manuskrip | Kesusasteraan | Tiada | Tempat berupa bilik di biara yang digunakan untuk menulis atau meniru semula bahan-bahan buku yang tersimpan di situ. |
printing, publishing and allied industries | industri percetakan, penerbitan dan berkaitan | Ekonomi | Tiada | Industri yang mengeluarkan barang-barang cetakan dan yang berkaitan seperti surat khabar, majalah, buku, peta, litograf, serta kad, sampul surat dan alat tulis yang dicetak, termasuk perkhidmatan dalam aktiviti percetakan seperti taipset, ukir plat, elektrotaip dan stereotaip, tetapi tidak termasuk industri membuat mesin taip. |
codex | kodeks | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks. |
paper and paper products | kertas dan keluaran kertas | Ekonomi | Tiada | Keluaran yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis kertas, termasuk pulpa, papan kertas, papan gentian, dan barang siap yang dibuat daripada kertas seperti kotak bungkusan, penutup botol, sarung surat dan alat tulis, bunga kertas, dan tanglung, tetapi tidak termasuk kertas yang dicetak seperti kad ucap selamat, surat khabar dan buku. |
speciality advertisement | iklan khusus | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengiklanan yang mempunyai nilai khidmat masyarakat. Kaedah ini di- laksanakan melalui penajaan dengan menggunakan medium terpilih bagi mempamerkan jenama, logo, dan nama syarikat dengan menggunakan barangan atau peralatan yang dibekalkan oleh organisasi penaja untuk acara yang biasanya mempunyai khalayak khusus. Antara peralatan yang digunakan termasuklah pen, pembaris, topi, baju-T, dan penanda buku. Kaedah pengiklanan ini juga berfungsi untuk memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat atau organisasi yang menjadi penaja. Contohnya penajaan seminar Dewan Perniagaan Malaysia yang dilakukan oleh sebuah syarikat kewangan. Melalui seminar ini, syarikat menyumbangkan peralatan seperti beg dan alat tulis, fail, topi, dan baju-T yang diberikan kepada peserta seminar. Semua peralatan tersebut mempunyai nama dan logo syarikat yang menaja. |