Flameproof | kalis nyala | Teknik | Elektrik | Beerkaitan dengan peralatan yang tidak mudah rosak dijilat api, atau yang tidak mudah merebakkan kebakaran. Biasanya peralatan ini akan ditempatkan dalam satu kelongsong atau tutupan yang mampu menahan sebarang nyalaan atau kebakaran yang mungkin berlaku di sekitarnya. |
salt lick | jenut garam | Geografi | Tiada | Tempat di permukaan bumi yang mendapan garamnya atau luahan mata air garamnya dapat dijilat oleh binatang-binatang liar. |
salt lick | jenut garam | Geologi | Tiada | Tempat di permukaan bumi yang mendapan garamnya atau luahan mata air garamnya dapat dijilat oleh binatang-binatang liar. |
salt lick | garam jilat | Veterinar | Tiada | Bahan penambah dalam bentuk blok atau bongkah yang mengandungi pelbagai jenis unsur dan digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan garam dan pelbagai mineral lain. Bahan ini dijilat sedikit demi sedikit untuk mengelakkan keracunan dan diambil dalam tempoh yang panjang bagi membekalkan nutrien tersebut. Biasanya, bahan ini mengandungi sejumlah besar natrium klorida, fosforus, kalsium, magnesium, kuprum dan unsur-unsur surih yang lain. |