screened hos gateway | get laluan hos teradang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Hos yang memisahkan rangkaian yang dipercayai daripada rangkaian yang tidak dipercayai untuk tujuan keselamatan rangkaian. Hos ini memahami protokol aplikasi yang dijalankan dalam rangkaian yang dilindungi untuk membolehkannya menjadi pengantara dan pemeriksa paket rangkaian agar mematuhi protokol aplikasi serta dasar keselamatan rangkaian. Sinonim get laluan aplikasi. |
mode of transmission | cara transmisi | Kejururawatan | Tiada | Mekanisme pemindahan agen jangkitan daripada hos ke hos. |
hose clamp | kapit hos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang digunakan untuk mengikat hos dengan masukan dan keluaran enjin, teras pemanas, radiator dan pam air. Kapit hos yang biasa adalah kapit yang berkilasan tinggi dengan gear ulir berskru keluli karbon dan jalur keluli tahan karat untuk mengetatkan dan melonggarkan sambungan hos. |
link encryption | penyulitan paut | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyulitan dan penyahsulitan di antara hos penghantar dengan hos penerima, iaitu pada semua hos perantara. |
domain name | nama domain | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama komputer hos yang menjadi pelayan. Contohnya nama domain komputer pelayan Dewan Bahasa adalah dbp.gov.my yang membawa maksud berikut; dbp adalah nama organisasi (hos), .gov adalah jenis organisasi hos (kerajaan) dan .my adalah nama negara (lokasi hos). Lihat nama domain layak penuh. |
multihomed host | hos multirumah | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer hos yang bersambung secara fizikal ke beberapa sambungan data dalam rangkaian yang sama atau berlainan. Komputer multirumah mempunyai beberapa alamat IP yang bersambung ke beberapa rangkaian. Contohnya komputer yang berfungsi sebagai pelayan Windows NT 4.0 dan mempunyai beberapa alamat IP boleh dianggap hos multirumah dan boleh berfungsi sebagai penghala IP. |
full-fashioned hose | hos kait berbentuk | Kesenian | Tiada | Hos kait yang mengikut bentuk kaki dengan menggunakan kait rata dan dikelim di tengah belakang. |
semifashioned hosiery | hos kait separa bentuk | Kesenian | Tiada | Stoking yang menyerupai hos kait berbentuk tetapi berkelim palsu. |
genetic colonization | pengkolonian genetik | Biologi | Genetik | Penambahan bahan genetik daripada parasit ke dalam hos untuk merangsang hos mensintesiskan hasil yang hanya boleh digunakan oleh parasit. |
IP spoofing | perdayaan IP | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik yang digunakan oleh penceroboh untuk mencapai komputer hos dalam rangkaian. Penceroboh menghantar mesej dengan menggunakan alamat IP orang lain agar kelihatan seperti alamat IP yang dipercayai oleh komputer hos tersebut. Untuk menggunakan perdayaan IP, penceroboh mula-mula akan menggunakan beberapa teknik untuk mencari alamat IP hos yang boleh dipercayai. Ia kemudiannya mengubah suai kepala paket penghantaran supaya ia kelihatan datangnya daripada hos yang dipercayai. |