Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerak (kata nama)
1. Bersinonim dengan lapisan keras: selaput kering

2. Bersinonim dengan sisa: kotoran, karat, daki,

Kata Terbitan : berkerak,

Puisi
 

Telur murai di atas geta,
     Benang kerak disimpul pulih;
Orang duduk bertindih riba,
     Jangan diharap katakan boleh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tidak bernasi di balik kerak.

Bermaksud :

Tidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).

 

Lihat selanjutnya...(11)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crustal warpingperledingan kerak; peledingan kerakGeologiTiadaTiada
kerak nasikerak nasiKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok kerak nasi.
crustal columntonggak kerakGeologiTiadaBongkah-bongkah kerak bumi yang ternaik atau turun akibat proses sesaran pada lapisan batuan kerak bumi.
cockade structurestruktur balungGeologiTiada1. Gelang-gelang sepusat daripada sulfida-sulfida yang berbeza yang mengelilingi kepungan.,2. Digunakan untuk kerak-kerak daripada mineral-mineral berbeza yang berturutan yang termendap di atas serpihan breksia di dalam telerang.
oceanic crustkerak lautanSains MarinTiadaLapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen.
breadcrust bombbom kerak rekah , bom kerak-rotiGeologiTiadaBom volkano yang luarnya retak dan berpetak kerana perkembangan dari dalam bila keraknya mengeras.
duricrustkerak durusGeologiTiadaKerak keras di permukaan tanih atau lapisan di horizon atas tanih dalam iklim semigersang, terbentuk melalui penumpukan mineral-mineral boleh larut yang dimendapkan oleh air menggalas mineral yang bergerak ke atas melalui tindakan rerambut dan menyejat sewaktu musim kering.
crustkerak; kerupingGeologiTiada1. Kerak: Satu lapisan permukaan tanah yang bersifat lebih padat, keras dan rapuh apabila kering, daripada lapisan di bawahnya.
crustkerak; kerupingKejuruteraanTiada3. Kerak: Lapisan paling atas dalam binaan jalan raya.
crustkerak; kerupingPertanianTiada1. Kerak: Satu lapisan permukaan tanah yang bersifat lebih padat, keras dan rapuh apabila kering, daripada lapisan di bawahnya.
12345678910...

Kembali ke atas