localization | penyetempatan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu kaedah mengadaptasi perisian komputer, bahan pembelajaran dan latihan yang diserasikan dengan bahasa, budaya, dan kemampuan serta keperluan teknikal pasaran tempatan. |
cardboard architecture | seni bina kadbod | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang mengadaptasi penggunaan kadbod dalam membuat sesuatu model tiga dimensi dan reka bentuk tanpa mengira fungsi atau bahan sebenar yang akan digunakan dalam suatu binaan. |
cycle play | lakon legenda | Kesenian | Drama dan Teater | Corak teater yang mengadaptasi kisah berunsur sejarah, mitos atau misteri dalam persembahan. |
web tv | tv web | Teknologi Maklumat | Tiada | Set televisyen yang mendapat siaran melalui Internet. Tv web direka bentuk dengan mengadaptasi set televisyen biasa supaya dapat memaparkan maklumat Internet dengan menggunakan pengekod (kotak set) atau modem. |
physiologic loading zone | zon pembebanan fisiologi | Sains Sukan | Biomekanik | Zon pada tisu, otot, tulang mineral, tendon dan ligamen yang mengadaptasi intensiti latihan pada kadar yang sama. |
copyright law | Undang-undang hak cipta | Teknologi Maklumat | Tiada | Undang-undang yang memberi hak yang sah kepada pemegang hak cipta suatu harta intelektual untuk menyalin, mengadaptasi, mempamer dan mengedar hasil kerja intelektual mereka kepada orang awam. Dalam komputeran, hasil kerja atau harta intelektual yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta adalah seperti perisian komputer, rekabentuk, permainan komputer, grafik, algoritma, pangkalan data, fotograf, imej, audiovisual, filem dan animasi multimedia. Contohnya di Malaysia Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 telah dipinda untuk memberikan perlindungan penuh kepada pembangun multimedia. Tujuannya untuk memastikan kerja seseorang pencipta tidak boleh dipersembah sebagai kerja orang lain, melarang persembahan sesuatu kerja dalam bentuk yang telah diubah suai serta mengelakkan pindahan dan pengubahsuaian maklumat pengurusan hak elektronik. |
annidation | anidasi | Biologi | Genetik | Fenomena apabila sesuatu mutan dipelihara dalam sesuatu populasi kerana ia boleh membiak dalam nic ecology yang tidak sesuai bagi induk organisma itu. Misalnya, serangga yang tidak bersayap mungkin tidak dapat mengadaptasi dengan baik dalam habitat leluhurnya, tetapi boleh hidup di dalam lubang dan di celah-celahnya yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. |
annidation | anidasi | Biologi | Genetik | Fenomena apabila sesuatu mutan dipelihara dalam sesuatu populasi kerana ia boleh membiak dalam nic ecology yang tidak sesuai bagi induk organisma itu. Misalnya, serangga yang tidak bersayap mungkin tidak dapat mengadaptasi dengan baik dalam habitat leluhurnya, tetapi boleh hidup di dalam lubang dan di celah-celahnya yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. |
industrial and organization psychology | psikologi industri dan organisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang psikologi yang menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan pembaikan prestasi pekerja seperti pemilihan kerjaya, analisis kemahiran, penilaian latihan kerja, kualiti persekitaran kerja dan hubungan antara pekerja. Bidang ini boleh dibahagikan kepada tiga subbidang, iaitu psikologi personel, psikologi organisasi dan psikologi faktor manusia. Psikologi personel menumpukan perhatian kepada perkara yang berkait dengan kemahiran dan produktiviti pekerja. Psikologi organisasi memfokuskan kepada cara individu mengadaptasi diri daripada beberapa aspek seperti sosial dan emosi dalam organisasi yang kompleks. Psikologi faktor manusia atau ergonomik pula melihat cara bagaimana persekitaran kerja boleh direka bentuk supaya sesuai dengan kemampuan dan keadaan manusia. |