organophosphate | organofostat | Biologi | Ekologi | Kumpulan racun perosak kimia yang mengandungi fosforus, seperti malation dan paration yang digunakan untuk mengawal serangga. Sebatian-sebatian ini mempunyai hayat yang pendek, oleh itu biasanya tidak mencemarkan sekitaran. Walau bagaimanapun, sesetengah organofostat, seperti paration adalah sangat toksik semasa mula-mula digunakan, dan pendedahan yang berterusan akan mengganggu proses normal sistem saraf yang boleh mengakibatkan pitam. |
parathion | paration | Kimia | Tiada | Tiada |
parathion | paration | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
methyl parathion | metil paration | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
organophosphate insecticide | insektisid organofosfat | Kimia | Forensik | Ester asid fosfinik dan asid fosfonik yang bertindak dengan bergabung dan menyahaktifkan asetilkolinesterase untuk mengawal serangga. Contohnya ialah tetraetil pirofosfat (TEPP), paration, malation dan diazinon. Insektisid jenis ini digunakan dalam pertanian untuk mengawal serangga berbadan lembut. |
insecticide | racun serangga | Kimia | Tiada | Racun perosak yang digunakan untuk mengawal serangga yang berbahaya kepada manusia (sama ada serangga yang bertindak secara langsung sebagai pembawa penyakit atau secara tidak langsung sebagai pemusnah tanaman, hasil makanan atau gentian tekstil). Misalnya, paration. |
anticholinesterase | antikolinaesterase | Kimia | Forensik | Ubat yang digunakan dalam rawatan topikal penyakit miastenia gravis dan glaukoma. Contohnya, Ambenonium Klorida. Kelebihan ubat ini ialah tempoh tindakannya yang lebih lama berbanding antikolinergik. Bahan ini sangat toksik dan digunakan dengan meluas sebagai insektisid. Contohnya, malation dan paration. Bahan ini boleh menyebabkan keracunan kronik atau keracunan akut. Tanda utama keracunan ialah loya, muntah , cirit-birit, bradikardia, gejala sistem saraf pusat, kelesuan otot dan akhirnya koma dan mati. Sinonim antiasetilkolinesterase. |
insecticide | insektisid | Kimia | Forensik | Sejenis pestisid yang digunakan untllk mengawal serangga yang berbahaya kepada manusia, sama ada secara langsung sebagai pembawa penyakit, atau secara tak langsung sebagai pemusnah tumbuhan, hasil makanan, atau gentian tekstil. 1a mungkin terdiri daripada sebatian tak organik seperti arsenik, plumbum, dan kuprum, sebatian organik semulajadi seperti rotenon, piretrin, dan nikotina, sebatian organik sintetik seperti DDT, dieldrin, dan endrin, dan ester organik fosforus seperti paration. Sinonim racun serangga. |