paresthesia | parestesia | Perubatan | Tiada | Tiada |
paresthesia | parestesia | Perubatan | Tiada | Rasa kebas atau sakit pada kulit tanpa rangsangan luar. |
paresthesia | parestesia | Perubatan | Tiada | Rasa kebas dan semut-semut pada anggota. |
acroparesthesia | akroparestesia | Perubatan | Tiada | Parestesia pada hujung-hujung anggota |
cheirobrachialgia | keirobrakialgia | Perubatan | Tiada | Sakit pada lengan, tangan, dan jari, yang merupakan sindrom parestesia. |
subacute combined degeneration | degenerasi gabungan subakut | Perubatan | Tiada | Kemerosotan turus posterior dan lateral korda spina yang mengakibatkan parestesia ataksia deria dan kadangkala paraplegia spastik. Biasanya penyakit ini dikaitkan dengan kekurangan vitamin B12. Sin: sklerosis posterolateral |
phosphine poisoning | keracunan fosfina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan fosfina (formula kimia, PH), iaitu gas tanpa warna dengan bau bawang putih. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, kelesuan, batuk, demam kuning, parestesia, ataksia, terketar-ketar, diplopia, tekanan darah jatuh, dispnea, edema pulmonari, pengsan, ritma jantung tak normal, konvulsi dan koma. Keracunan kronik menyebabkan sakit gigi sebagai gejala awal, diikuti bengkak rahang, dan kemudian nekrosis mandibel. Penemuan lain termasuk keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Had pendedahan ialah 0.3 ppm. Penemuan patologi ialah hiperemia dan edema pulmonari dan nekrosis miokardia fokal. Dos maut ialah I mg/kg. |
aminoglycoside | aminoglikosida | Kimia | Forensik | Kumpulan antibiotik yang terbina daripada beberapa gula amino yang dirangkaikan kepada satu gelang amino siklitol melalui ikatan glikosidik. Contohnya, streptomisin, kanamisin, gentamisin, tobramisin, amikasin, dan neomisin. Antibiotik ini digunakan dalam rawatan sistemik secara suntikan dan dikumuh oleh buah pinggang. Antibiotik ini boleh menyebabkan parestesia, lasitud, pening, sakit kepala, kabur penglihatan, demam, kepekaan, hilang keseimbangan, kerosakan buah pinggang, dan vertigo selepas suntikan. |
thallium poisoning | keracunan talium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada talium atau garam talium, terutamanya talium sulfat. Tanda utama keracunan ialah rambut gugur dan sakit pada bahagian-bahagian hujung anggota badan. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyerapan kulit menunjukkan gejala dalam masa I - 10 hari, dan termasuk sakit dan parestesia bahagian-bahagian hujung anggota, ptosis dwilateral, ataksia, rambut gugur, demam, koriza, konjunktivitis, sakit abdomen, loya dan muntah. Keracunan selanjutnya ditunjukkan dengan kelesuan, pertuturan bercampur aduk, terketar-ketar, pergerakan koreiform, konvulsi, dan sianosis. Tanda awal keracunan kronik akibat pengingesan atau penyerapan kulit ialah alopekia, perubahan atrofi pada kulit dan kadang-kadang peliuran dan garis biru pada gusi. Gangguan gastrousus adalah biasa. Jika penyerapan berterusan, kerosakan renal dan perubahan fungsi sistem endokrin mungkin terjadi bersama-sama dengan gejala keracunan akut. Penemuan patologi termasuk pneumonitis dan vakuolisasi dan perubahan degeneratif dalam s |
chlordane poisoning | keracunan klordan | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan 1 g - 3 g klordan, iaitu insektisid berklorin yang mempunyai had pendedahan 0.5 mg/m3 . Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar dan konvulsi. Gejala akibat keracunan ini termasuk keletihan, lemah badan, hilang selera makan, rabun, hilang ingatan, mengantuk, parestesia, terketar-ketar, koma, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut mengakibatkan kekeliruan, racauan, loya, konvulsi dan akhirnya mati. Keracunan kronik pula menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Perubahan patologi termasuk kesesakan, edema, dan perdarahan petekia dalam paru-paru, buah pinggang, dan otak. Buah pinggang juga menunjukkan kerosakan pada sel bahagian tubul. |