putrefaction | pembusukan | Sains Forensik | Tiada | Salah satu proses perubahan akhir yang berlaku pada mayat. Proses ini bermula dengan penguraian protein dan diikuti dengan pembentukan amina yang berbau kuat. Pada akhir proses pembusukan, semua tisu badan akan terurai dan membentuk cecair yang pekat. |
putrefaction | pembusukan | Biologi | Mikrobiologi | Penghuraian bahan organik oleh kegiatan metabolisme mikroorganisma dengan menghasilkan gas dan hasilan berbau busuk. |
putrefaction | pembusukan | Perubatan | Tiada | Penguraian sesuatu sebatian, terutamanya protein oleh enzim, yang menghasilkan sesuatu yang berbau busuk, seperti hidrogen sulfida, ammonia dan merkaptans. |
radioactive disintegration | pembusukan radioaktif | Biologi | Ekologi | Pemindahan radioaktif secara tersendiri daripada satu nuklid kepada yang lain. |
stem pitting | penempitan batang | Biologi | Patologi | Pembusukan dan pengecutan sel-sel empulur pangkal batang hingga nampak seperti tangga, apabila batang tersebut dibelah. Ini merupakan ciri gejala penyakit lanas dan penyusutan floem urat limau (CVPD). |
black leg | batang hitam | Biologi | Patologi | Penyakit pada tumbuhan, terutama sekali pada keluarga kubis (brasika) yang disebabkan oleh Phoma lingam (Leptosphaera muculans). Gejalanya berupa pembusukan pangkal batang sehingga berwarna hitam dan biasanya pohon yang terserang akan mati. |
black leg | batang hitam | Kimia | Tiada | Penyakit pada tumbuhan, terutama sekali pada keluarga kubis (brasika) yang disebabkan oleh Phoma lingam (Leptosphaera muculans). Gejalanya berupa pembusukan pangkal batang sehingga berwarna hitam dan biasanya pohon yang terserang akan mati. |
blast | karah | Biologi | Patologi | Penyakit yang paling serius pada padi diseluruh dunia, termasuk Malaysia yang disebabkan oleh Pyricularia oryzae. Gejala utamanya ialah belur perang gelap tak sekata pada daun, upih dan batang. Serangan yang parah menyebabkan pembusukan buku hingga tidak mengeluarkan hasil. |
gipping/gutting | buang perut | Perikanan | Tiada | Proses membuang bahagian perut ikan sebelum disimpan, dijual atau diproses bagi kegunaan lain. Proses membuang perut ikan sangat penting untuk menghalang ikan daripada cepat busuk disebabkan bahagian ini mengandungi mikroorganisma yang boleh mempercepat proses pembusukan. |