Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lam] | ڤڽلم

Definisi : 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lam] | ڤڽلم

Definisi : orang yg kerjanya menyelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
life linesmanpembantu penyelamKejuruteraanTiadaPembantu yang menjaga tali keselamatan penyelam selagi penyelam berada dalam air, membantu untuk menurunkan penyelam dan menariknya naik apabila diisyaratkan supaya berbuat demikian.
diving weightpemberat selamPerikananTiadaPemberat yang dilekatkan pada tali pinggang penyelam bagi memudahkan penyelam tenggelam di dalam air. Jumlah pemberat disesuaikan mengikut daya apungan penyelam dan saiz tangki skuba. Penyelam yang berbadan besar biasanya mempunyai daya apungan positif, oleh itu pemberat selam dalam kuantiti yang banyak diperlukan bagi membolehkannya tenggelam. Sinonim pemberat pinggang.
diver�s paralysiskelumpuhan penyelamPerubatanTiadaKelumpuhan yang biasanya dialami oleh penyelam laut dalam apabila penyelam berenang naik ke permukaan air secara terlalu cepat sehingga mengakibatkan berlakunya penurunan tekanan secara mendadak. Antara ciri kelumpuhan ini ialah sakit otot dan sendi, sakit kepala, kekeliruan fikiran dan kegerenyetan otot. Lihat juga dekrompresi.
dive masterketua selamPerikananTiadaPenyelam skuba bertauliah yang mengetuai kumpulan penyelam. Ketua selam bertanggungjawab mengatur jadual, menentukan kawasan selaman dan menjaga keselamatan penyelam. Ketua selam juga boleh dikategorikan sebagai pemandu pelancong.
buoyancy compensator devicealat penganjal apunganPerikananTiadaJaket yang dipakai oleh penyelam skuba untuk menyelaras kedalaman penyelam di dalam air. Jaket ini mempunyai corong pernafasan, tangki sampingan udara mampat, meter kedalaman dan injap kawalan udara. Dalam situasi kecemasan, penyelam akan menyentap tali yang terdapat pada jaket untuk melepaskan udara dari tangki udara sampingan mampat bagi membolehkan penyelam timbul dengan cepat ke permukaan air.
coral bootbut karangPerikananTiadaKasut yang digunakan oleh penyelam skuba untuk aktiviti selam permukaan di kawasan terumbu karang. But karang digunakan untuk mengelakkan kerosakan pada batu karang apabila penyelam terpijak karang. But ini juga digunakan untuk melindungi kaki penyelam supaya tidak tercedera apabila terkena karang yang tajam atau hidupan berbisa. Lihat juga selam permukaan.
power inflatorpengembang kuasaPerikananTiadaTiub yang menghubungkan tangki udara ke pelampung keselamatan yang dipakai oleh penyelam bagi menyelaraskan kandungan udara dalam pelampung keselamatan. Alat ini digunakan untuk menetapkan tahap kedalaman kedudukan penyelam. Alat ini juga digunakan semasa kecemasan, iaitu dengan cara menarik pemicu bagi mengembungkan jaket keselamatan dan seterusnya membolehkan penyelam naik ke permukaan air dengan pantas.
aqualungakualungPerikananTiadaSilinder udara beroksigen yang disandang di belakang tubuh penyelam skuba. Silinder ini membekalkan oksigen kepada penyelam untuk bernafas di dalam air.
burst lung (diving)pecah paru-paru (selam)SukanTiadaKeadaan paru-paru penyelam yang pecah akibat tekanan dalaman paru-paru yang tinggi apabila penyelam secara segera timbul ke permukaan dari tempat selaman yang dalam.
hydrobladepisau selamPerikananTiadaPisau khusus pelbagai guna yang digunakan oleh penyelam. Pisau ini boleh digunakan sama ada untuk melepaskan diri sekiranya penyelam tersangkut, memungut sampel di dasar laut atau sebagai alat mempertahankan diri daripada serangan ikan yang ganas.
1234

Kembali ke atas