Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.pat] | ڤراڤت

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang, gedabu, redada dan perapat laut (Sabah), Sonneratia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perapat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perapatperapatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Sonneratia spp. daripada famili Sonneratiaceae. Spesies utamanya termasuk Sonneratia alba, S. caesolaris dan S. ovata. Nama tempatannya di Semenanjung ialah berembang dan gedabu, dan di Sabah ialah pedada dan peraput laut. Gubal kayu perapat berwarna kelabu bagi spesies S. alba dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, sementara S. caesolaris mempunyai gubal kayu dan teras kayu yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya halus dan rata, dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan,dikemas siap, dan dikeringkan, dengan ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu perapat sesuai untuk lantai dan perabot.
Bailey rib contractorperapat rusuk BaileyVeterinarTiadaTiada
Sonneratia caseolarispedadaHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sonneratiaceae yang dikenali juga sebagai gedabu atau perapat. Pedada hidup liar di hutan bakau dan mempunyai akar udara yang tumbuh tegak. Daunnya tebal bernabu dan berbentuk hampir bulat. Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya berbentuk seperti gasing dan mempunyai kaliks yang kekal membentuk tampuk. Di hujungnya terdapat stil bunga yang kekal sehingga buah masak. Bijinya bersegi-segi, diselaputi isi berwarna putih. Jus buah matang dibuat ubat batuk. Daun yang dilumatkan dengan beras digunakan untuk merawat campak dan menghentikan perdarahan pada luka kecil. Kulit batangnya mengandungi tanin. Buah muda dibuat perasa masakan dan pucuknya dibuat sayur.
cinta mulacinta mulaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Erythroxylum. spp daripada famili Erythroxylaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk ketai mula dan seri mula, dan di Sabah ialah perapat burung. Spesies utama kayu ini ialah Erythroxylum cuneatum. Gubal kayu cinta mula berwarna kuning coklat kemerah-merahan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang bersimpul dan kadangkala beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 735 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat hingga ke berat. Kayu ini sesuai digunakan untuk tiang pagar dan kayu jaras.

Kembali ke atas