Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.man.ti.sis.me] | رومنتيسيسمى

Definisi : aliran sastera dan seni di Eropah pd hujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19 yg mengutamakan perasaan dan keindahan dan kebebasan melahirkan pe­rasaan dan isi hati individu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata romantisisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romanticismromantisismeKesenianDrama dan TeaterAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Romantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu ialah asas bagi penekanan moden bagi suara.
romantic/romanticismromantisismeMuzikTiada

 Gaya muzik abad ke-19. Konsep ekspresi muzik merupakan ciri utama gaya Romantisisme. Perubahan dinamik dalam muzik jenis ini dilakukan secara dramatik dan nyata. Genre muzik utama seperti muzik program, muzik perwatakan, simfoni, opera, sonata, muzik kamar dan konserto. Komposer utama seperti Schumann, Chopin, Bruckner, Richard Strauss, Wagner dan Verdi.

romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran dalam abad ke-18 dan ke-19 yang memperlihatkan reaksi terhadap kesusasteraan, falsafah, seni lukis, agama dan politik aliran neo-klakisisme dari yang bersifat ortodoks yang berlaku dalam zaman sebelumnya.
romanticismromantisismePendidikanTiadaTiada
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaTiada
romanticismromantisismeKesenianTiadaTiada
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah
neo-classicismneoklasismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme.
symbolismsimbolismeKesenianSeni BinaGerakan seni dan kesusasteraan yang lahir di Rusia dan Belgium, kemudiannya telah dikembangkan di Perancis pada akhir abad ke -19. Dalam kesusasteraan, gaya pemikiran awal gerakan seni ini adalah berdasarkan hasil penerbitan Les Fleurs du mal (The Flower of Evil 1857) oleh Charles Baudelaire, yang menjadi sumber penting kepada gagasan pemikiran kiasan. Pada tahun 1980-an, keindahan gaya penulisan seperti ini telah dijadikan sebagai lunas pemikiran (manifesto) dan telah menarik minat ramai penulis pada ketika itu. Istilah "simbolis" telah pertama kali digunakan oleh pengkritik Jean Mor�as yang menggunakan istilah tersebut untuk membezakan simbolis daripada pemikiran yang berkaitan sastera dan seni. Simbolisme dalam seni bina pula merujuk kepada perlambangan seperti yang terdapat dalam seni bina Goth Romantisisme.

Kembali ke atas