Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanyak itu

Peribahasa

540

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Hujan berpohon, panas berasal

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bifilarkelaminTeknikElektrikBerkaitan dengan pembelitan gegelung dengan menggunakan dawai berganda supaya arus di antara kedua-dua belitan itu terpisah sebanyak 180o di antara stu sama lain. Dengan itu kesan kearuhan belitan ini dapat dihapuskan. Contoh penggunaannya adalah pada pembuatan perintang dawai.
cubekuasa tigaMatematikTiadaNilai yang didapati jika sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali. Contoh: kuasa tiga bagi empat ditulis sebagai 43, yang bermakna 4 x 4 x 4 atau 64.
riba' qardriba hutangPerniagaan IslamTiadaKeuntungan atau faedah yang dikenakan oleh pemiutang terhadap penghutang bagi sejumlah hutang yang diberikan kepadanya. Contohnya, A memberi pinjaman wang kepada B sebanyak RM1,000 dengan dikenakan faedah 7 peratus sebulan bagi tempoh 3 bulan. Lebihan sebanyak RM210 itu ialah riba.
brandedakVeterinarTiadaBahagian selaput luar pada biji benih yang diasingkan semasa proses pengisaran. Bahagian ini mengandungi serabut pada aras yang tinggi, iaitu sebanyak 10-15%. Selain itu, bahagian ini turut mengandungi lemak atau minyak yang boleh diekstrak. Biasanya, dedak diperoleh daripada padi dan gandum selepas diproses bagi mendapatkan beras dan tepung gandum untuk kegunaan manusia. Dedak sesuai dijadikan makanan haiwan kerana mempunyai tenaga yang tinggi dan kandungan protein yang sederhana tinggi, iaitu sebanyak 13-18%.
three phase currentarus tiga fasaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanArus yang dihantar melalui tiga dawai yang setiap dawai itu berfungsi sebagai pulangan kepada dawai yang dua lagi. Fasa komponen ketiga-tiga arus itu berbeza secara berturutan sebanyak satu pertiga kitar, atau 120 darjah elektrik.
pronationpronasiPerubatanTiadaPemusingan tapak tangan yang terlentang sebanyak 1800 sehingga menterbalikkan tapak tangan itu ke bawah. Bdg. supinasi.
agrogelagrogelPertanianAgroteknologiBahan polimer yang berupaya menyerap air sebanyak 100 kali ganda daripada berat bahan itu sendiri. Bahan ini digunakan sebagai medium tanaman supaya pengairan tidak perlu dilakukan secara kerap. Agrogel juga boleh dicampurkan di dalam tanah yang gersang bagi meningkatkan kebolehan tanah untuk menyimpan air. Kegunaannya yang paling berkesan adalah di kawasan yang mengalami masalah kekurangan air.
ibra’ isqatpelepasan gugurPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan semua atau sebahagian haknya yang ditanggung oleh orang lain. Contohnya, hutang sebanyak RM1 000 telah dibayar RM300. Kemudian, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan hutang awak sebanyak RM1 000". Maka dengan itu, gugurlah hutang dan pihak pemiutang boleh menuntut kembali bayaran RM300 yang dibuat dahulu.
anticompetitive practiceamalan antisaingEkonomiTiadaKelakuan syarikat yang tidak menggalakkan persaingan antara pengeluar-pengeluar dan dengan itu syarikat berkenaan dapat menguasai sedikit sebanyak pasarannya.
Mercartorial bearingbearing MercatorMatematikTiadaBearing kedudukan tertentu seperti yang diturunkan dari garis rumb dan melalui kedudukan itu atau kedudukan pencerap, yang berbeza daripada bulatan gedang sebanyak setengah ketumpatan antara meridian pencerap dengan meridian yang melalui titik tersebut.
1234

Kembali ke atas