bin | anak lelaki kpd: Muhamad ~ Abdullah. berbin memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn anak lelaki); dilengkapi kata bin dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Salah satu nama peserta tidak ~. berbinkan memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn anak lelaki): Ahmad ~ ayah kandungnya. membinkan memberikan nama bapa kpd nama anak lelaki: Disebabkan tidak diketahui ayah kandungnya, maka dia dibinkan Abdullah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbin | memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn anak lelaki); dilengkapi kata bin dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Salah satu nama peserta tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |