Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nyenyak
Bersinonim dengan lena, lelap, nyedar.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nyenyaktidak sedar apa-apa (ketika tidur), lena, lelap, nyedar: setelah itu ia pun tidur dgn ~nya; menyenyakkan menjadikan (seseorang) nyenyak: dia tertidur semula dinyenyakkan oleh dendang renyaian gerimis; kenyenyakan perihal (sifat atau keadaan) nyenyak, kelenaan: lampin yg direka dgn sempurna dpt memastikan keselesaan dan ~ tidur seseorang bayi.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyenyaktidak sedar akan apa-apa (ketika tidur); lena; lelap; nyedar: Ia pun tidur dgn ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyenyaktidak sedar akan apa-apa (ketika tidur); lena; lelap; nyedar: Ia pun tidur dgn ~nya.Kamus Pelajar
cendera IIsl lena atau nyenyak (tidur): maka raja pun tidurlah di ribaan Hang Jebat terlalu sangat ~nya; jendera.Kamus Dewan Edisi Keempat
lenyap1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepada­nya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, ke­musnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tidur1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenang­an­nya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena.Kamus Dewan Edisi Keempat
siang I1. = ~ hari waktu dr matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lwn malam: mereka berjanji akan berjumpa pd waktu ~; buta ~ kurang pelihatan pd waktu siang; maharaja ~ matahari; 2. = siang-siang lebih awal (drpd yg sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas: wah, ~nya dapat kad jemputan!; kedai telah ditutup ~-~ lagi; ~ malam siang dan malam; ~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan prb perihal orang yg melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga; murai berkicau hari ~ prb sesuatu yg sudah terang dan nyata; takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ prb sesuatu pekerjaan yg dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yg tidak suka; kesiangan terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindihbertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas