urut I | ; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urutan | 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendek | (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahuan, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, memotong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menyingkatkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) memendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perut | 1 bahagian tubuh sebelah hadapan yg letaknya di antara dada dgn ari-ari: ~nya buncit. 2 alat dlm tubuh yg berupa kantung tempat makanan dicernakan: ~nya sudah kosong. 3 bahagian dlm tubuh perempuan tempat bayi dikandung; rahim: Ketika Jepun kalah perang dahulu, saya masih dlm ~ ibu lagi. ~ babat ruang pertama dan yg terbesar pd perut haiwan pengunyah, tempat makanan menjadi separuh cerna. ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam. ~ jalinan ruang kedua pd perut haiwan pengunyah yg dilapisi membran yg berbentuk spt sarang lebah dan berfungsi sbg tempat terkumpulnya benda-benda yg tidak mudah hadam. ~ kapal bahagian kapal yg di tengah-tengah. ~ kitab ruang ketiga pd perut haiwan pengunyah yg terdiri drpd dinding otot yg pejal dan berfungsi utk memerah air keluar dr bahan makanan sebelum bahan makanan itu masuk ke perut sebenar atau perut masam. ~ laut bahagian dasar laut. ~ masam ruang keempat pd perut haiwan pengunyah yg menjalankan proses pencernaan. ~ muda (panjang) usus; tali perut. ~ padi bahagian batang padi yg besar. ~ tunggal perut yg tidak banyak mempunyai ruang (spt yg terdapat pd perut ayam, itik). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perut | 1 bahagian tubuh sebelah hadapan yg letaknya di antara dada dgn ari-ari: ~nya buncit. 2 alat dlm tubuh yg berupa kantung tempat makanan dicernakan: ~nya sudah kosong. 3 bahagian dlm tubuh perempuan tempat bayi dikandung; rahim: Ketika Jepun kalah perang dahulu saya masih dlm ~ ibu lagi. ~ babat ruang pertama dan yg terbesar pd perut haiwan pengunyah tempat makanan menjadi separuh cerna. ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam. ~ jalinan ruang kedua pd perut haiwan pengunyah yg dilapisi membran yg berbentuk spt sarang lebah dan berfungsi sbg tempat terkumpulnya benda-benda yg tidak mudah hadam. ~ kapal bahagian kapal yg di tengah-tengah. ~ kitab ruang ketiga pd perut haiwan pengunyah yg terdiri drpd dinding otot yg pejal dan berfungsi utk memerah air keluar dr bahan makanan sebelum bahan makanan itu masuk ke perut sebenar atau perut masam. ~ laut bahagian dasar laut. ~ masam ruang keempat pd perut haiwan pengunyah yg menjalankan proses pencernaan. ~ muda (panjang) usus; tali perut. ~ padi bahagian batang padi yg besar. ~ tunggal perut yg tidak banyak mempunyai ruang (spt yg terdapat pd perut ayam, itik dsb). | Kamus Pelajar |
menyentak | 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentak | (séntak); menyentak 1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi; tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buah | 1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbul I | 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd permukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr permukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk menggambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menyebabkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika timbul seketika tenggelam (spt benda yg diumbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifatnya yg kasar ~ rasa benci orang terhadapnya; 4. ki menyebabkan berlaku (terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ kerumitan menyebabkan terdapatnya kerumitan; ~ kesan buruk mendatangkan (mengakibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menimbulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerut I | 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |