rumpun | 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh; ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian; alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya; serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api; ~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik); keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa; berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebu | sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tumbuhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (sebatangnya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |