masa II | = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sila I | = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda; menyilakan, mempersilakan meminta (menjemput, mengajak) dgn hormat supaya ...: ibu telah ~ perempuan yg datang itu duduk dekatnya; dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum; semua yg berbakat dlm memasak dipersilakan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yg disediakan; tersila terserah (terpulang) kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpan | 1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ringkas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. menyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serah I | ; berserah bergantung nasib (pd); mempercayakan diri dan nasib kpd; bertawakal: Kita tidak dpt berbuat apa-apa kecuali ~ kpd Allah. menyerah tidak membantah atau tidak menentang; menurut saja: Akhirnya dia ~ kpd kehendak raja itu. ~ diri merelakan diri ditangkap atau ditawan oleh pihak yg berkuasa (bkn orang salah, pihak yg kalah dlm peperangan dll). ~ kalah mengaku kalah. menyerahi memberi kpd; memberi seseorang sesuatu: Dia diserahi tugas yg berat. menyerahkan 1 mengunjukkan atau menyampaikan sesuatu; memberikan sesuatu: Saya telah ~ surat itu kpdnya. 2 mempercayakan atau mengamanahkan sesuatu: Sebelum pergi bercuti, dia telah ~ tugas-tugasnya kpd penolong kanannya. ~ diri menggantungkan atau mempertaruhkan nasib kpd. terserah terpulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk menyelesaikannya. serahan (sesuatu) yg diserahkan. penyerahan perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. penyerah orang yg menyerahkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbang | sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: keuntungan itu ~ dgn kerugian; ~ rengka bertimbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim-bangkan; 2. memberikan utk ditimbangkan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan penasihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menimbang, tukang timbang; 2. orang yg mempertimbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |