adendum | kata nama 1. tambahan maklumat pada bahagian akhir buku, laporan dan sebagainya yang sedia ada Ayat: Adendum laporan ini disediakan berdasarkan hasil penelitian dan penilaian terkini oleh pasukan penyelidik.
2. Undang-undang tambahan perkara, syarat dan sebagainya kepada dokumen, perjanjian dan sebagainya yang asal Ayat: Dalam semua kes, tujuan adendum adalah untuk menambah catatan tanpa mengubah perkara asalnya.
3. Kejuruteraan tinggi jejarian bagi gigi gear, diukur di sebelah luar bulatan pic
4. Kejuruteraan bahagian gear yang berada di sebelah luar bulatan pic | Kamus DBP versi dalam Talian |
hipster | bahasa percakapan 1 unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi mempunyai nilai kontemporari bahasa percakapan 2 orang yang unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi moden dan mengikut perkembangan terkini | Kamus DBP versi dalam Talian |