Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg di­keluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perben­da­haraan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk meng­olah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; mengolah mengerjakan se­suatu (spt memasak, mengukir) se­hing­ga menjadi benda lain yg lebih sempurna. ~ bahan mentah memproses barang-barang mentah supaya men­jadi bahan yg dpt digunakan. ~ tanah mengerjakan tanah supaya dpt di­tanami. pengolahan perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. pengolah 1 orang yg mengolah. 2 alat yg di­gunakan utk mengolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang mempunyai alamat Protokol Internet (IP). Pada pandangan pihak luar, komputer yang dilindungi akan dilihat seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 39 6/6/11 4:01:38 PM 40 harga tebus semula hibah indeks risiko

Kembali ke atas