Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mudah bawa seperti telefon bimbit. bom e-mel (Ig. e-mail bomb; Br. bom e-mel; Id. bom e-mail) Serangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. Intranet (Ig. Intranet) Rangkaian dalaman yang menggunakan teknologi Internet dan web

Kembali ke atas