Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tas] | باتس

Definisi : 1. garis pinggir sesuatu bidang (daerah dll): sampai di sinilah ~ kebun saya; 2. permatang (sawah, tempat menanam): satu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~; 3. had atau paras sesuatu yg paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yg tidak boleh dilampaui): pekerjaan yg diberikan melewati ~ kemampuannya; 4. hingga, sampai: dr pinggir leher hingga ~ perut; ~ ban Kd tanah yg ditambak (tempat berjalan); berjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau prb sesuatu usaha hendaklah kpd yg dimaksudkan;berbatas 1. mempunyai batas, mempunyai permatang: tanah yg belum ~ itu tidak dapat ditanami padi; ~ dgn berbataskan; 2. berhad, tersekat: kekuasaan yg tiada ~;berbatasan mempunyai batas (sempadan) yg sama: sawah saya ~ dgn sawahnya;berbataskan mempunyai sesuatu sbg batas: negeri itu di sebelah utara ~ laut;membatas menjadi (spt) batas (ceraian, sekatan, dll): sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;membatasi 1. membuat batas, memberi batas: sungai itu ~ taman; 2. mengantarai, memisahkan, menceraikan: tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; 3. mengehadkan, menyekat, merintangi: soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masakmasak; 4. menghuraikan, (dgn tepat) memberi definisi: ~ makna kata maujud;terbatas terhad, tersekat, tidak luas: pengorbanan yg saya maksudkan bukan hanya ~ kpd harta benda sahaja;keterbatasan perihal (keadaan dsb) terbatas: dlm ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yg menarik perhatian saya; ~ ruang utk pelakon bergerak; ~ pengetahuan; ~ kefahaman orang awam;batasan 1. batas, sempadan; 2. sesuatu atau keadaan yg menyekat: dlm ~-~ yg ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yg membincangkan isu-isu ekonomi yg dianggap penting; 3. huraian makna sesuatu, definisi;perbatasan sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;pembatasan perihal (tindakan dsb) membatasi: ~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;pembatas orang atau sesuatu (spt alat dll) yg membatasi: mereka tetap dlm kesukaan dan kegembiraan yg tidak mengenal ~ waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tas] | باتس

Definisi : 1 bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga sbg tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2 bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3 garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM100/- tiap-tiap bulan. batasan 1 batas; sempadan. 2 had; sekatan. berbatasan 1 ada atau mempunyai batasan. 2 mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas

Puisi
 

Ambil buluh dibuat sasak,
     Nak dipagar batas bertenang;
Akulah hodoh bertambah sesak,
     Tak ada siapa yang nak kenang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menggunakan kerumitan pengiraan logaritma diskret yang merupakan salah satu contoh algoritma tandatangan digital. aliran data rentas sempadan (Ig. transborder data flow;Br.aliran data rentas sempadan; Id. aliran data lintas batas) Tindakan memindahkan atau menyalurkan maklumat yang berpunca daripada suatu negeri atau bidang kuasa yang merentasi sempadan negeri atau bidang kuasa berkenaan. Tindakan ini meliputi semua perbuatan mengalihkan maklumat yang dilakukan

Kembali ke atas