Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.na] | برݢونا

Definisi : ada gunanya; dpt memberi faedah; mendatangkan manfaat: Semua kotak yg tidak ~ hendaklah dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguna

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Laksana antah lemukut (= melukut),
     lapar sangat baru berguna.

Bermaksud :

Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
hasad. Apabila log masuk berjaya dilakukan, kata laluan akan ditukar oleh pengguna atau dijanakan secara rawak oleh penjana kata laluan. Seterusnya, kata laluan yang lama akan dibatalkan dan menyebabkannya tidak berguna lagi kepada pengguna hasad. kata laluan tak sah (Ig. invalid password; Br. kata laluan tak sah; Id. sandi lewat tak sah) Kata laluan yang dimasukkan oleh pengguna berbeza dengan kata boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan. keselamatan rangkaian (Ig. network security

Kembali ke atas