Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Br. cabar-tindak balas; Id. tantangan-respon) Mekanisma penyahihan pengguna yang tidak berdasarkan kata laluan tetapi berdasarkan rumusan. Setiap pengguna akan diberikan satu rumusan matematik unik yang memerlukan sebilangan pemboleh ubah yang belum lagi ditetapkan. Rumus yang sama akan disimpan oleh sistem untuk mengesahkan pengguna. Semasa proses pengesahan dilakukan, pengguna akan terlebih dahulu membekalkan pengenalan pengguna. Sistem komputer kemudian akan membekalkan beberapa pemboleh ubah sebagai cabaran. Pengguna seterusnya akan mengambil pemboleh ubah ini dan menggunakannya dalam rumus yang diberikan. Apabila jawapan bagi rumusan diperoleh, pengguna akan menginput jawapan ini sebagai sahutan kepada cabaran sistem

Kembali ke atas