Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bom] | بوم

Definisi : senjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : tempat ayam berlaga di gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : 1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dll menarik kereta); 2. Id jambatan pelabuhan, pelabuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom] | بوم

Definisi : senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak, yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika atau waktu meletupnya. ~ nuklear bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan atau penggabungan nukleus unsur tertentu. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bom


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
angka Arab. C. Jenis Huruf dan Tanda Baca 1. Huruf Tebal Huruf tebal digunakan untuk menandai perkara yang berikut: (a) Semua entri. (b) Istilah sinonim pada akhir takrifan entri tertentu: bom mel (Ig. mail bomb; Br. bom mel; Id. bom surat) Kod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak

Kembali ke atas