Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing

Puisi
 

Gali cacing di Kampung Cina,
     Pergi mengail keruh airnya;
Timbang dacing kena sukatnya,
     Baru berniaga boleh lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai cacing kena air panas.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Teknologi Maklumat ct.indd 23 6/6/11 4:01:33 PM 24 cecacing Internet cecacing rangkaian cincang sehala ciri keselamatan cecacing Internet (Ig. Internet worm; Br. cecacing Internet; Id. cacing Internet) 1. Kod hasad yang berupaya tersebar sendiri melalui rangkaian. Kod ini terlebih dahulu mencari dan menentukan sasaran. Contohnya, dengan menggunakan jadual penghalaan rangkaian atau buku alamat e-mel pada 6000 sistem komputer, iaitu sekitar 15 peratus pelayan Internet pada masa itu berhenti beroperasi dan kerosakan dianggarkan berjumlah US$97 juta. cecacing rangkaian (Ig. network worm; Br. cecacing rangkaian; Id. cacing jaringan) Cecacing yang boleh tersebar dengan sendiri melalui rangkaian dan berupaya mengeksploitasi ketakteguhan yang terdapat pada hos atau pelayan. Seterusnya hos atau pelayan akan bertindak sebagai pembawa yang akan menyebarkan

Kembali ke atas