[cék] | چيک
Definisi : /cék/ arahan bertulis (di atas kepingan kertas tertentu) kpd bank supaya membayarkan wang kpd pembawanya atau memasukkannya ke dlm akaun tertentu sebanyak yg tertulis pd arahan itu. ~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek tsb) dan mestilah dimasukkan ke dlm akaun utk mendapatkan bayarannya. ~ kosong cek yg pdnya tidak tercatat jumlah bayaran atau nama penerimanya tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya. ~ tak layan cek yg bayarannya tidak diberikan oleh bank kerana sebab-sebab tertentu. ~ tempatan cek yg bank pembayarnya ada di kawasan penjelasan yg sama dgn bank pelanggan yg menerbitkan cek itu. ~ tendang cek yg tidak dpt ditukar dgn wang tunai kerana pengeluarnya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaunnya. ~ terbuka cek yg boleh ditukar di kaunter bank utk mendapatkan wang tunai dgn serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)