Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, Cyathula prostrata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ditetapkan oleh pemilik sistem. kata laluan sekali cuba (Ig. one shot password; Br. kata laluan sekali cuba; Id. sandi lewat sekali coba) Kata laluan yang hanya sesuai digunakan apabila capaian jarang dilakukan. Kata laluan yang baru akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor

Kembali ke atas