Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Peribahasa

Layu bunga digenggam,
     layu rumput di halaman.

Bermaksud :

Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Id. Autoritas akreditasi) Pihak berkuasa yang mengakreditasi penggunaan sistem rangkaian komputer dalam memproses maklumat termasuk maklumat yang sensitif dalam persekitaran yang dibenarkan. ping maut (Ig. ping of death; Br. ping kematian; Id. ping kematian) Serangan penafian layanan yang melibatkan penghantaran paket ping yang bersaiz lebih daripada 65 507 bait ke komputer sasaran. Serangan ini akan menyebabkan perkhidmatan rangkaian akan terganggu pada komputer sasaran. pintu

Kembali ke atas