Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang­barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsa­wan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), akar cina, akar kunyit-kunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ning] | کونيڠ

Definisi : warna spt warna isi kunyit (tembaga dll). ~ air kuning yg keputih-putihan. ~ gading kuning keputih-putihan spt warna gading. ~ langsat putih kuning (terutamanya bkn kulit manusia). ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya. menguning 1 berwarna kuning; menjadi kuning. 2 sedang masak (bkn padi): Padinya sedang ~. kuningan tembaga kuning; loyang. kekuningan keadaan kuning. kekuning-kuningan agak kuning warnanya; seakan-akan kuning: tanah liat yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuning

Puisi
 

Sirih kuning gagang layu,
     Hentam panas sembilan bulan;
Sirih kuning hajat aku,
     Hendak bertemu dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuning oleh kunyit,
     hitam oleh arang.

Bermaksud :

Mudah dihasut atau dipujuk. (Bandingkan dengan: Tak kuning oleh kunyit, tak putih oleh kapur).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
seperti data atau sumber lain dalam sistem komputer. Seterusnya, proses boleh menjalankan arahan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 17 6/6/11 4:01:31 PM 18 bukti konsep Buku Kuning Buku Merah Buku Putih “baca” untuk membaca data dari objek dan menulisnya ke ruang ingatan pengguna, atau arahan “tulis” untuk membaca data dari ruang ingatan pengguna dan menulisnya ke objek Mod yang menggunakan sifer blok untuk menyulitkan lebih daripada n-bit teks biasa. Mod ini hanya sesuai untuk operasi yang mudah seperti cabar-sahut dan beberapa tugas pengurusan kekunci. Buku Kuning (Ig. Yellow Book; Br. Buku Kuning; Id. Buku Kuning) Buku panduan terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menerangkan cara untuk memperoleh tahap pencapaian Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC) bagi

Kembali ke atas