Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.wat] | ليوات

Definisi : (léwat) 1. lalu, berjalan (di samping, di hadapan, dekat): ketika aku ~, malim itu memperkenalkan aku kpd seluruh jururawat itu; 2. lampau, habis, selesai: musim menuai sudah ~; 3. lanjut, lebih (drpd yg patut dll), larut: di balik meja itu duduk seorang Cina yg sudah agak ~ umurnya; 4. sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat: ia telah lama menunggu Mak Dalek yg ~ pulang itu; 5. melalui, menerusi: Marian ~ tarian ciptaannya menggabungkan unsur tradisi dan moden; ~ jenuh Id terlampau kenyang, muak; ~ lemboyang Id terlalu ungu (warna ungu dlm cahaya matahari); selewat-lewatnya sehabis lewat (lambat), selambat-lambatnya: semua permintaan hen­daklah sampai ~ pd hari Sabtu; melewati 1. lalu (di), melalui, melintasi, menempuh: dia berjalan ~ mereka; 2. melebihi had (batas), melampaui: berjalanlah imperialisme ke timur dr selatan Gibraltar ~ Lautan Tengah; ~ batas; 3. melangkahi, melangkaui: soalan-soalan yg susah-susah dilewati sahaja; 4. (bkn umur) melebihi: usiaku sekarang sudah ~ lima puluhan; melewatkan menjadikan lewat (lambat), melambatkan, melangkaukan: Bidin tetap juga mengharapkan biarlah anak bulan itu tidak kelihatan dan puasa akan dilewatkan sehari; melewat-lewatkan menjadikan lewat dgn sengaja, melambat-lambatkan: janganlah ~ sembahyang setelah masuk waktunya; terlewat 1. melebihi waktu, terlambat: kemalangan datang menimpa tidak ~ atau terdahulu sesaat pun; 2. = kelewat tersangat (banyak dll), terlalu, terlampau; 3. dapat atau telah dilewati (dilalui, ditempuh, dll); kelewatan 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.wat] | ليوات

Definisi : /léwat/ 1 sesudah waktunya; melampaui waktunya; lambat: Saya masuk bekerja ~ sepuluh minit pagi tadi. 2 lebih drpd yg sepatutnya; lanjut: Neneknya sudah agak ~ umurnya tetapi masih kuat. 3 berlalu; selesai; lampau: Musim mengubah sudah ~. melewati 1 melebihi (had); melampaui: Kelakuan gadis itu sudah ~ batas. 2 melalui; melintasi; lalu di: Ketika ~ halaman rumah kosong itu, saya terdengar bunyi orang menjerit meminta pertolongan. melewatkan menyebabkan menjadi lewat; melambatkan: Orang yg ~ pembayaran gaji itu ialah kerani besar. terlewat ketinggalan waktu; terlambat. kelewatan keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
atau rangkaian. Dasar ini biasanya diguna pakai terhadap institusi yang menyediakan capaian kepada sistem rangkaian itu sendiri. dasar kata laluan (Ig. password policy; Br. polisi kata laluan; Id. kebijakan sandi lewat) Garis panduan yang menyarankan pelaksanaan peraturan kata laluan. Lihat juga peraturan kata laluan. dasar keperluan sekuriti (Ig. security requirement baseline; Br. dasar keperluan keselamatan; Id. dasar keperluan keamanan; dasar keperluan ASCII (Kod Piawaian Amerika Bagi Saling Tukaran Maklumat). Dikenali juga sebagai fail teks. fail kata laluan bayangan (Ig. shadow password file; Br. fail kata laluan bayangan; Id. berkas kata sandi lewat) Fail sistem dalam sistem pengendalian LINUX dan UNIX yang mengandungi ID pengguna dan kata laluan tercencang. Berbeza dengan fail kata laluan biasa yang boleh dicapai oleh sebarang pengguna, fail kata

Kembali ke atas