[li.ma] | ليم
Definisi : (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja; berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya; kelima yg nombor lima; kelima-lima lima-lima sekali, lima semuanya; perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[li.ma] | ليم
Definisi : akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[li.ma] | ليم
Definisi : bilangan empat ditambah satu; 5: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500. dua kali ~ sama saja. berlima lima bersama-sama. kelima yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. kelima-lima lima-lima sekali; lima semuanya. perlima dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)