Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. (c) Istilah yang mempunyai takrif yang berkait rapat dengan konsep sesuatu istilah yang lain, maka label entri Lihat juga digunakan sebagai penanda rujuk silang: DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES tripel) Pengukuhan kepada DES asal yang menggunakan terkawal. Kaedah ini melibatkan perlindungan aset komputer daripada perubahan semasa pengagihan. Setiap aset komputer akan diteliti untuk mengesan perubahan sebelum dimasukkan ke dalam TCB. Sekiranya perubahan dikesan pada aset berkenaan, maka aset ini akan digugurkan daripada TCB. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:25 PM 4 ahli godam (Ig. hacktivist; Br. aktiviti perentasan; Id. aktivis peretas

Kembali ke atas