Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
apabila capaian jarang dilakukan. Kata laluan yang baru akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor rawak kecil N dan kata akar S, serta menggunakan nilai N dan S dalam fungsi penyulitan sehala ƒ seperti yang berikut: Kata laluan 1 = ƒ N (S) Kata mendapat kebenaran untuk berbuat demikian. kawalan penghalaan (Ig. routing control; Br. kawalan perjalanan; Id. kendali/kontrol perutean) Penggunaan petua dan arahan dalam proses penghalaan data dalam rangkaian yang membolehkan data memilih hala tuju tertentu atau mengelak rangkaian awam yang diragui keselamatannya. keadaan penyelia (Ig. supervisor state; Br. keadaan pengawas; Id. keadaan pengawas) Keadaan pada protokol telefon awam seperti SS-7 yang

Kembali ke atas