Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra] | ڤارا

Definisi : kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra] | ڤارا

Definisi : 1. sj rak drpd kayu dll utk menyimpan perkakas dapur, pagu; 2. rak tempat meletakkan barang-barang di rumah (kereta api dll); 3. sj rak drpd kayu (buluh) utk menjemur tepung (ikan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra] | ڤارا

Definisi : getah, karet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ra] | ڤارا

Definisi : kata yg mendahului kata-kata lain utk menyatakan banyak: ~ guru; ~ hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ra] | ڤارا

Definisi : , = para-para 1 anyaman drpd buluh dll yg dipasang di atas dapur utk tempat menyimpan barang-barang dapur. 2 rak tempat menaruh barang-barang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ra] | ڤارا

Definisi : (pokok) getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata para

Puisi
 

Di atas para buah pauh,
     Burung plastik buah Melaka;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Di dalam mimpi kita berjumpa.


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Komputer. Kamus ini mengandungi 548 istilah berserta huraian, hasil penyusunan yang dilakukan oleh pakar yang berkaliber dalam bidang ini. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini diharapkan dapat memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya

Kembali ke atas