Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. perisian iklan (Ig. adware) Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila

Kembali ke atas